Responsive Ad Slot

Latest

latest

Langkah-Langkah Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang

Kami senaraikan beberapa langkah yang boleh anda praktikkan bagi membebaskan diri dari hutang.

May 23, 2015

/ by Admin
Untuk entri kali ini, pasti ramai di kalangan anda semua yang sudah membaca pelbagai langkah-langkah bagaimana menguruskan hutang anda di blog mahupun sumber-sumber yang lain. 

Tetapi pada kami, tidak salah rasanya jika kami ingatkan semula pada anda agar segala pengurusan hutang anda dan langkah-langkah yang anda ambil menjadi lebih berkesan dan berjaya.


Umum mengetahui, peratusan orang yang berhutang pada masa kini terdiri dari kalangan orang-orang muda, dan ramai yang sudah diisytiharkan muflis kerana hutang yang mereka buat. Kami senaraikan beberapa langkah yang boleh anda praktikkan bagi membebaskan diri dari hutang.

1. Berhenti Menambah Hutang Baru

Ini merupakan langkah pertama yang perlu anda buat sekiranya ingin bebas dari hutang. Pastikan barangan yang anda hendak beli itu mampu dibuat secara tunai, jika tidak anda sebenarnya masih tidak layak lagi memiliki barangan tersebut. Ingat! matlamat anda ialah bebas dari hutang!

2. Senaraikan Hutang Lama

Ini adalah penting untuk anda selesaikan hutang-hutang anda. Pastikan anda melangsaikan dahulu hutang-hutang dengan kadar faedah yang tinggi dengan segera. Hutang dengan kadar faedah yang tinggi adalah yang paling membebankan sebenarnya. Jangan sesekali melewatkan bayaran hutang jenis ini kerana hutang anda akan menjadi berlipat kali ganda. Senaraikan hutang anda mengikut yang penting dahulu.

3. Bayar Hutang Dengan Lebihan Duit

Lebihan duit disini bermaksud duit yang anda dapat daripada penjimatan perbelanjaan anda ataupun duit bonus. Ada yang berpendapat lebih baik laburkan duit itu dalam simpanan ASB ataupun sebagainya. Tetapi anda harus ingat, tiada guna membuat simpanan  jika hutang anda masih lagi keliling pinggang. Adalah lebih baik anda menggunakan duit lebihan itu untuk langsaikan hutang anda terlebih dahulu. 

4. Pindah Baki Kad Kredit

Hutang kad kredit adalah salah satu hutang yang banyak menjerat pengguna diisytiharkan muflis. Rajin-rajinkan diri anda mencari maklumat yang boleh menguntungkan dari segi mengurangkan faedah yang dikenakan ke atas hutang. Terdapat beberapa bank yang menawarkan khidmat yang membolehkan anda memindaahkan baki kad kredit tanpa sebarang faedah. Ini akan menjimatkan anda dan boleh menggunakaan sejumlah wang yang sepatutnya dibayar sebagai faedah pinjaman untuk mengurangkan baki hutang pokok anda.

5. Langsaikan Satu Hutang

Disinilah pentingnya langkah kedua tadi, senaraikan daftar hutang. Sekiranya anda dapat melangsaikan hutang dengan kadar faedah tinggi dahulu, anda akan lebih bermotivasi untuk meneruskan usaha melangsaikan hutang-hutang yang lain. Jika anda mempunyai lebihan duit hasil hutang lain yang berjaya dilangsaikan, cuba gandakan bayaran hutang anda.

6. Bina Pendapatan Kedua

Ini merupakan langkah yang ramai orang ambil, membina pendapatan kedua. Tidak hanya mengharapkan gaji kerja hakiki, cuba ambil peluang untuk membina pendapatan kedua. Contoh yang paling mudah ialah berniaga secara online, berniaga secara kecil-kecilan atau apa sahaja yang mampu menambah pendapatan anda. 

Kami harapkan dengan perkongsian ini, anda akan lebih berjaya menguruskan hutang-hutang anda. Bebas dari hutang adalah perkara yang paling menyeronokkan dalam hidup kita!
Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo