Responsive Ad Slot

Latest

latest

Anda Kerap Menangis? Ini Khasiat Yang Akan Anda Dapat

adakah anda tahu kebaikan yang anda dapat ketika menangis? Di sini kami kongsikan kepada anda kebaikan menangis.

May 20, 2015

/ by Admin
Sepanjang hidup anda, berapa kali anda menangis? adakah anda tahu kebaikan yang anda dapat ketika menangis? Di sini kami kongsikan kepada anda kebaikan menangis. 


7 Kebaikan Menangis Yang Perlu Anda tahu


1. Membantu Penglihatan 

Air mata dapat membantu penglihatan anda dari kabur. Cecair yang keluar dari mata anda dapat mencegah membran mata anda dari kering serta kabur.

2. Membunuh Bakteria

Air mata mempunyai kandungan lisozom yang dapat membunuh 90 hingga 95% bakteria dimata anda, Air mata juga bertindak sebagai anti bakteria semulajadi.

3. Mengurangkan Tekanan

Air mata mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan tahap tekanan, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh tekanan seperti tekanan darah tinggi.

4. Meningkatkan Mood

Apabila menangis, seseorang dapat mengurangkan tekanan dan dapat mengembalikan mood seseorang. Air mata yang dihasilkan melalui menangis kerana emosi mengandungi 24 % protein albumin yang berguna dalam menormalkan sistem metabolisme tubuh jika dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan akibat gangguan mata.

5. Mengeluarkan Racun

William Frey, seorang ahli kimia menjelaskan dalam kajian beliau bahawa air mata yang keluar dari emosi mempunyai racun yang ada didalam badan kita, racun tersebut keluar dari tubuh kita menerusi mata.

6. Meningkatkan Kemampuan Komunikasi

Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dengan kawan-kawannya atau seseorang, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

7. Melegakan Perasaan

Pastinya selepas seseorang menangis, wujud perasaan lega dalam hati seseorang. Ini kerana setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.

Jadi, janganlah malu untuk anda menangis, setiap air mata yang anda keluarkan mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Inilah buktinya betapa hebatnya kuasa Allah S.W.T yang tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.

Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo