Responsive Ad Slot

Latest

latest

Ikuti 5 Panduan Makan Malam Ini Ketika Anda Sedang Diet

Diet merupakan langkah yang berkesan jika anda benar-benar ingin kelihatan kurus dan langsing. Apa kata anda ikuti tip-tip yang kami kongsikan di bawah ini.

May 20, 2015

/ by Admin

Setiap orang pastinya inginkan tubuh mereka langsing dan menawan, terutama sekali kaum hawa. Mengelak makan terlalu banyak pada waktu malam merupakan perkara yang patut anda lakukan sekiranya inginkan tubuh yang langsing.

Bagi mereka yang ingin kelihatan kurus, tidak perlu mengambil ubat-ubatan mahupun suplemen-suplemen tertentu yang mungkin menghadirkan kesan lain terhadap tubuh badan anda. Diet merupakan langkah yang berkesan jika anda benar-benar ingin kelihatan kurus dan langsing. Apa kata anda ikuti tip-tip yang kami kongsikan di bawah ini.

5 Panduan Makan Malam Ketika Diet


1. Ambil Makanan Berserat

Pada waktu malam, ambillah makanan yang berserat dan berasaskan air. Makanan yang digalakkan ialah seperti sayur-sayuran, buah-buahan serta kurangkan makanan yang tinggi karbohidrat dan lemak. Jika anda ingin makan nasi, ambillah dalam kuantiti yang sedikit sahaja.

2. Makan Mengikut Waktu

Makan mengikut waktu merupakan antara salah satu cara untuk anda mengelakkan mengambil makanan secara berlebihan. Hidangan utama seperti makan malam haruslah diambil pada waktu yang sama setiap hari. Sebaik-baiknya makan dalam tempoh masa 4 jam sebelum tidur.

3. Atasi Tekanan

Ramai dikalangan kita yang suka makan apabila dalam keadaan tertekan dan juga stress. Elakkan makan dalam keadaan anda tertekan dan stress bagi mengelakkan berat badan anda berlebihan dan naik secara mendadak.

4. Minum Air Masak

Jika anda masih merasa lapar ketika hendak tidur, mengamalkan minum air masak secukupnya adalah amat digalakkan. Kekurangan air dalam tubuh meruapakn antara punca seseorang itu mudah berasa lapar. Meminum susu sebelum tidur juga mampu mengelakkan anda berasa lapar di tengah malam.

5. Jangan Makan Sambil Menonton TV

Kajian menunjukkan makan sambil menonton tv boleh menyebabkan gemuk! Ramai di antara kita yang gemar mengunyah ketika menonton tv. Makanan seperti snek, coklat, keropok adalah antara makanan yang tinggi lemak dan berkalori. Anda pasti tidak sedar yang anda telah mengambil makanan yang berlebihan semasa leka menonton tv.

Diharapkan dengan perkongsian ini, anda mampu mengubah cara pengambilan makan anda ketika proses diet.
Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo