Responsive Ad Slot

Latest

latest

Awas Wanita! Sikap Anda Mungkin Membuatkan Pasangan Anda Terluka

Mungkin bagi sesetengah wanita mengaggapkan itu hanyalah sekadar gurauan baik dari segi perbuatan mahupun tutur kata. Jom kita lihat sikap-sikap wanita yang mungkin bakal melukakan lelaki pujaan anda.

May 21, 2015

/ by Admin
Ya, anda sebagai wanita mungkin terlepas pandang sesetengah sikap anda yang mungkin membuatkan pasangan anda terluka. 

Pada fizikalnya, lelaki mungkin kelihatan gagah dan macho, namun lelaki mudah terasa hati dengan wanita yang mereka sayang.



Mungkin bagi sesetengah wanita mengaggapkan itu hanyalah sekadar gurauan baik dari segi perbuatan mahupun tutur kata. Jom kita lihat sikap-sikap wanita yang mungkin bakal melukakan lelaki pujaan anda.

1. Buat Acuh Tak Acuh 

Sekiranya anda sedang meluangkan masa bersama, jangan terlalu leka dengan telefon anda seolah-olah pasangan anda tiada di sisi anda. Lelaki mudah berasa bosan dan sunyi. Sebaiknya, penuhkan masa anda berbual topik yang menarik minat anda dan pasangan.

2. Gurauan Melampau

Jangan sesekali bergurau tentang personaliti pasangan anda. Pemalaslah, selekeh, dan sebagainya. Mungkin wanita menganggapkan perkara ini sebagai biasa sahaja, namun lama-kelamaan pati si dia akan terasa hati.

3. Mengharapkan Perubahan

Lelaki bukanlah orang yang suka minta diri mereka diubah mengikut acuan wanita.  Tidak salah minta si dia berubah untuk kebaikan tetapi jangan terlalu memaksa mereka. Sebaiknya anda mulakan perubahan terlebih dahulu, lama-kelamaan mereka akan mula mengikut perubahan anda.

4. Berkongsi Kisah Hubungan Anda

Lelaki sensitif jika kisah diri mereka dip[erkatan oleh teman-teman anda. Meskipun kisah-kisah yang keluar dari mulut anda itu lebih banyak kepada pujian, mereka sebenarnya kurang selesa kisah-kisah mereka dijaja seperti itu seolah-olah tiada ruang privasi di antara hubungan anda berdua.

5. Mengarah

Ketahuilah bahawa lelaki tidak suka diarah sesuka hati. Sekali dua mungkin tidak mengapa, tetapi jika perkara ini terus berlarutan, lelaki pasti akan berasa bosan. Rajinkan mulut anda untuk ucapkan " TOLONG" sekiranya ingin meminta bantuan si dia. 

Jadi, cuba lihat semula sikap-sikap anda, mungkin ada di antaranya yang anda sentiasa ulangi tanpa sedar. Awas Wanita! Sikap Anda Mungkin Membuatkan Pasangan Anda Terluka.
Don't Miss
© all rights reserved
made with by templateszoo